Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 2 Part 2


Setelah sampai ke Jeti di Delta Mekong, kami meneruskan perjalanan pulang ke Ho Chi Minh yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dengan menaiki bas pelancongan. Sesampai ke Ibu Pejabat Agensi Pelancongan yang sama, kami mengambil keputusan untuk mengambil trip ke Cu Chi Tunnel keesokan harinya. Setelah siap tempahan dan bayaran, ketika berjalan pulang menuju ke Hotel, kami singgah minum petang di Trung Nguyen, salah satu cawangan kedai kopi yang paling dikenali di Vietnam. Trung Nguyen ni boleh dikatakan sama level dengan Starbuck dan Coffea Bean. Pilihan menu yang disediakan juga menarik.

Minum Petang di Cafe Trung Nguyen
 Setelah minum petang, kami kembali menuju pulang ke Hotel. Disebabkan waktu hampir malam dan kami belum makan malam, kami ambil keputusan singgah makan di VN Halal@Saigon. Harga makanan di VN Halal@Saigon adalah agak berpatutan untuk pelancong (namun Basiroh memang paling murah lah). Setelah selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel, berehat dan bersiap-siap untuk ke Pasar Malam Ben Thanh pula.

Makan malam di VN Halal
Ada Logo Jalan-Jalan Cari Makan uols


Suasana Pasar Malam Ben Thanh tidak ubah seperti Uptown atau Downtown di KL. Rata-rata peniaga adalah mereka yang sama berniaga di Pasar Ben Thanh di waktu pagi. Kelebihan untuk Pelancong Malaysia adalah, ada beberapa peniaga di sini boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Jadi janganlah terkejut kalau ada orang panggil "Kakak-kakak mari singgah", atau "Makcik tengoklah barang dulu". Tips untuk membeli belah di Ben Thanh, jangan takut untuk tawar menawar hingga hari yang paling rendah kerana memang harga yg dipaparkan di Ben Thanh memang tinggi berbanding harga sebenar, walaupun bila diconvert ke duit Malaysia harganya masih munasabah. Ini berdasarkan pengakuan seorang rakan sekerja yang berasal dari Vietnam, katanya orang Vietnam sendiri tidak beli di Ben Thanh kerana harganya mahal. Melainkan anda fasih berbahasa Vietnam, anda boleh pergi ke District lain untuk membeli belah. :)

Pasar Malam Ben Thanh

Selesai membeli belah di Pasar Malam Ben Thanh, kami pulang ke hotel, simpan barang dan berehat-rehat sekejap sehingga tengah malam. Mencecah tengah malam, kami keluar semula merayau-rayau di sekitar District 1 melihat kehidupan malam rakyat Vietnam. Rupa-rupanya, 2 September adalah hari Kemerdekaan Vietnam, makanya ramai orang yang jadi kutu embun melepak-lepak hingga pagi buta. Kami tertarik apabila melihat sekumpulan anak muda berkumpul di tanah lapang berdekatan Dataran yang bermain satu permainan yang kelihatan seperti Sepak Takraw. Setelah dilihat lebih dekat, rupanya mereka bermain Sepak Bulu Tangkis. Memang unik sbb mereka hanya menyambut bola menggunakan kaki dari belakang badan mereka. Setelah mnghabiskan masa menonton perlawanan Sepak Bulu Tangkis, kami mengambil keputusan berehat dan pulang ke Hotel.

p/s: Memandangkan pergi melancong pun tak bawa kamera, gambar-gambar semua ehsan kawan. Malangnya gambar lepak2 tgh malam takde plak. Kalau ada nanti akan diupdate ya. :)

2 comments:

محمد رازيق said...

percutian yg best. aku teringin nak kesana

ewanthology said...

VN Halal rupanya..ingatkan UN Halal.... Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser