Cuba teka ada berapa ekor kucing dalam gambar ni? |
Salam semua pembaca,
Hari ni nak update sikit tentang barangan terbaru untuk kekucing Awang. Isnin lepas aku dengan jayanya membeli sangkar kucing 3 tingkat untuk kucing2 aku. Sebab ape aku beli sangkar kucing, kan kucing2 patutnya dibiarkan lepas dalam rumah je, kata kucingi indoor kan?
Antara sebab2 aku beli sangkar ini adalah:
1) Bulu kucing aku kerap sangat gugur, untuk mengelakkan bulu2 gugur tu melekat kat perabot2, terbang2 di sana sini dan untuk menjaga kebersihan rumah dan bersedia dalam menerima tetamu, better aku belikan satu sangkar khusus untuk kucing2 aku.
2) Kenapa beli besar2? beli kecik2 suda. Sebab aku beli besar supaya kucing aku tak bosan dok dalam sangkar ni, at least selesa gak untuk derang bergerak bebas, boleh panjat2. Kemudian sangkar ni plak ada carpet sekali.. so derang boleh tidur dan mencakar2 dengan selesa.
3) Untuk jangka masa panjang.. Mana la tahu kucing2 aku ni menambahkan ahli keluarganya, kalau semua nak lepas mmg caca marba la rumah aku. Pastu org2 tua kata kalau kucing yg jenis tak friendly ni, kalau kita biar dia dok dalam sangkar lama2 nnt dia jadi friendly ye? Wallahualam.
Ok, harga sangkar ni aku beli RM268, campur delivery rm10 total jadi rm278. Beli kat mudah.my jek. Mmg puas hati sebab besar.
6 comments:
waah.. cadangan yang bagus 2...
tapi,kat rumahku ada 1 kucing je..
so,xdapat la nk beragan beli sangkar mcam 2.. hihhihihi..
chill..^_^
takpe.. kalau xde keperluan utk kurung kucing tu dalam sangkar.. x pakai sangkar pun takpe.. kalau kucing jenis bulu x gugur pun x perlu sangkar gak.
beli kat mana ? proniaga mudah dia apa ek ? nak beli satu ni ...
apa nama proniaga dia dlam mudah ek ? boleh ke dia pos ke terengganu ?
nama dia 3dCrete Builder. Boleh check link profile di sini --=> http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=3949
pos ke terengganu saya tka sure plak, maybe boleh guna pos laju..
Post a Comment