Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Perasaan ku

Apakah perasaan anda, bila orang yang pernah menyakiti hati anda, pernah mengguris hati anda, pernah memusuhi anda, ditakdirkan meninggal dunia?

Adakah anda berasa gembira, atau simpati, atau sedih, atau tidak merasa apa-apa.

Dahulu dalam entri-entri awal ketika mula menceburi bidang blog, aku kerap meluah isi hati dalam blog ni. Tentang seseorang yang pernah menjadi sahabat, dan akhirnya menjadi musuh. Bila mendapat berita tentang kematiannya, timbul satu perasaan yang agak asing. Ianya bukanlah simpati, dan bukanlah perasaan sedih. Ianya perasaan yang tidak dapat dirungkai. Seolah-olah simpati tetapi tidak simpati. Seolah-olah gembira tetapi tidak gembira.

Pendapat aku, ianya sebenarnya bukan soal perasaan, tetapi soal beban yang terlepas. Beban kerana terpaksa bermuka-muka dengan sahabat lain yang turut bersahabat dengan beliau, beban kerana terpaksa menjadi seseorang yang dibenci oleh orang lain, serta beban kerana terpaksa membenci orang.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Ilahi. Ketahuilah, ajal dan maut di tangan tuhan. Siapa sangka dalam usia muda beliau telah dijemput Ilahi. Aku cuma berharap dia meninggal masih sebagai seorang Muslim.

Al-fatihah.

4 comments:

Unknown said...

wah..rumit nye..kalau aq..misty rase serbe salah..Al-Fatihah..

Yong Baiaah said...

perasaan serba salah kot . sbb kalau nek happy mcm x patut je .. kalau nk sedih . its like . "before ni aku musuh je ngan die" . anyway . anggap semua ni takdir Allah . tk guna nk persoal . but try to make something yang dapat buat diri rasa tenang dengan semua ni oke . sedekahkan al-fatihah utk dia . semua org ade buat salah kan .

Awang Hafiz said...

erie: terima kasih kerana membaca
ikram: btol tu, mungkin perasaan serba salah adalah yg paling tepat. benda pun dah terjadi, jadi biarkanlah.. cuma diharap tidak diungkit2 lagi oleh pihak ketiga.

ewanthology said...

yang sudah tu sudah la..maafkan sahaja.biar tenang arwah di Sana.

Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser