Hari ini aku bertandang ke Pekan Ampang sempena Kucing Terbiar Anjing Jalanan Jumble Fair. Sesat barat aku nak ke sana, walaupun rumah aku pun area ampang jek.. tapi memang tak familiar dengan area Pekan Ampang tu. Tengah syok2 cari jalan tetiba hujan lebat turun mencurah2, kelam kabut aku cari tempat berteduh.. Time tu memang aku dah sesat dah, ntah area mana ntah aku pergi, kilang jek banyak.
Lepas dalam 20minit berteduh, baru hujan reda sikit. Time tu menyambung pencarian Rumah Api. Ku pikirkan rumah api tu mmg bangunan rumah api, rupanya sekadar nama kedai jek.. Adoiyai.. sangat mengkonfiuskan. Landmark paling senang sebenarnya adalah Balai Polis Ampang.
Antara barangan yang dijual termasuklah Tshirt bercetak, buku2 terpakai, novel2 terpakai, cd dan dvd terpakai, lencana KTAJ. Ada gak dijual barang2 perhiasan macam frame dan gelang2. So aku sambar novel sebijik dan lencana KTAJ seketul. Berbaloi2 beli novel tu, dah la murah. Sebiji cuma rm5 sajok. Kalau beli kat luar mau RM30++ kot.
Abu Garcia dan Kochi Chan bergambar dengan barangan dari KTAJ Jumble Fair |
No comments:
Post a Comment