Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Anak no 3


Selamat hari raya kepada semua kawan2.. Macamana dengan hari raya, ada bagus? Beraya ke mana je?

Untuk hari raya kali ni, saya beraya di kampung baru.. di Rawang. Kemudia raya ke dua ke Perak, dan raya ke-3 ke Kuala Terengganu.

Entri kali ni lebih berkisar tentang beraya ke Kuala Terengganu, tentang macamana saya berjumpa dengan seekor anak kucing jalanan yg akhirnya saya adopt menjadi kucing sendiri.

Kisahnya ketika nak pulang dari beraya dari Kuala Terengganu, keluarga saya bercadang utk pulang ke Kuala Lumpur menggunakan laluan Kemaman-Kuantan. Dah la sesat barat sebab tak penah pergi Kuala Terengganu sebelum ni, sekadar berharap pada GPS yg sikit2 nak recalculating jek kejenya.

Disebabkan keletihan dan kepenatan kerana kesesatan, akhirnya abah decide nak stop kat satu kedai mamak tepi jalan kuatan. Area kampung2 kot. Sebab macam tak banyak perumahan jek kat situ. Kat kedai tu la tetiba saya nampak seekor anak kucing yg comel datang kat meja makan kitorg dan duduk menyendeng kat kaki mak saya.. Nampak baik sgt.

First time jumpa, amat comot dgn minyak2 melekat kat kaki n bulu dia.

Terdetik hati nak adopt, tapi mengenangkan kereta yang dinaiki sekarang bukanlah kereta saya, so saya senyapkan jek dulu. Tapi lepas tu senyap2 panggil adik perempuan, konon2 nak komplot seludup kucing tu masuk dalam bonet kereta.. Hahaha.. takut kena marah punya pasal.. Sebab abah saya ni jenis garang, takut dia tak bagi je bawak kucing masuk dalam kereta, takut kotor dan busuk kereta tu. Tapi akhirnya saya beranikan diri gak la tanya dia, boleh ke. Dia tanya, nak bela ke. Saya kata, a ah mau bela. Padahal kat rumah dah ada dua anak kucing dah. Dan tak disangka2, abah benarkan bawak balik. Melonjak happy time tu. (tapi sebenarnya takde la melonjak, sekadar menjerit "yeay" sahaja.. ahaks)

Bila dah sampai kat rumah, keje pertama yg saya buat adalah mencari kutu kucing.. Hehehe.. macam dah pakar plak cari kutu kucing siap letop2 kan lagi. Tapi sebab terlalu banyak, tak larat plak dan terus ke klinik haiwan membeli spray kutu tu, ntah apa nama dia feline ape ntah.

Setelah di bawa balik, dimandikan dan disembur ubat kutu.

Begitulah kisahnya, dan kini saya dah ada 3 ekor anak kucing, yg terbaru ni tatau nak bagi nama apa.. Ada cadangan x?

6 comments:

ewanthology said...

mulianya hati kamu...

Awang Hafiz said...

mmg minat kucing.. nak buat camne.. huhu. sekadar menjalankan tugas sbg khalifah.

anizarina said...

aku terasa nk letak nama kochi...haha...mochi ke..hehe....kochi = mari sini/ dtglah sini(adik aku kata laa)....ko kasi laa nama kochi/ mochi ...

klo nk nama melayu, bagi laa nama dia dinda ke, puteri ke, yayang ke..heheh ..pandai2 je aku ni

* HeeBum and HaeBi * said...

ala.. comeynye dia.. muka pun nmpk manja.. hehe.. boh la nama ala2 ke arah pantai timur sket.. nnti xde die lupa asal usul... hehehehe

Awang Hafiz said...

rina: kochi tu macam ok gak.. hehe.. nnt ku pikir lg nama lain ye
heebum: ehehe nama pantai timur? terpikir che mek molek jek skrg.. ahaha

Awang Hafiz said...

Ok thanks to rina.. nama rasminya sekarang adalah... jeng jeng jeng..

KOCHI CHAN! Sedap tak.. macam nama kuih koci kan.. ahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser