Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Energizer Nightrace 2011 yang macam @#$^%#

Hari Sabtu bersamaan 16 April 2011, aku dan kawan2 telah mengejoinkan diri utk mengikut larian Energizer Nightrace 2011 di Sepang International Circuit, SIC. Utk saper2 yang taktau ape itu SIC, situlah trek litar F1. So dengan kata lain, kitorg perlu berlari di litar trek.. tetiba feeling2 macam kereta F1, boley?

Semasa sampai di SIC, kitorg disambut dengan bayaran parking kereta yang macam *tutt tutt tuttt* (maaf perkataan ditapis). Ada ka patut charge parking sampai RM10? Mmg betul2 buat duit! Memandangkan dah takde tempat nak parking, redha je la parking kat situ.

Masuk ke dalam litar, kitorg terus collect headlamp cap Energizer. Nasib baik lah kitorg sampai awal, dgr kata, sapa2 yang sampai lewat tu, mmg tak dapat headlamp sebab abes stok.. Camne la boleh abes stok? Padahal semua yang nak join perlu register terlebih dahulu, patutnya mesti la cukup. Ntah2 dah disonglapnye awal2 kot?

Eh lupa nak citer, utk larian ni, aku join yg 11km punya.. Wow, first time rasanya aku lari sejauh 11km. Tapi takpe, aku take as challenge..

Semua aktiviti berjalan agak lancar sebelum larian bermula. Sempatla bersenam ringkas.. ada senaman aerobik utk warming up dari instructor Fitness First. Larian bermula pukul 8pm. Bermula je larian tu, bermula la azab dan pengalaman paling tak best dalam hidup aku sepanjang aku berlari. *nanges*

Aku ingatkan 11km tu ala2 berlari 10 kali padang bola tu jer.. rupa2nya, kena lari 2X LITAR F1 SEPANG.... Diulangi.. 2X LITAR F1 SEPANG! Masyaallah, lebih azab rasanya dari mendaki Gunung Yong Belar! Masa berlari dalam 2km pertama tu, ok la.. aku ala2 pelari pecut Watson Nyambek jek rasanya.. (perasan jap). Start nak masuk 3km.. lutut dah goyang beb! Tapi gigihkan jugak berlari2... Lari punya lari punya lari.. aku tengok tak sampai2.. Pit stop utk minum air pun tak jumpa2..

"Ces, mana tempat minum air ni.. mau pengsan aku kat litar F1 nie.."

Akhirnya dalam 4km lepas tu, baru la ada pitstop utk minum air. Aku apa lagi, dgn gagah perkasanya terus pecut ke tempat air, capai setin Gatorade, teguk2 pastu sambung berlari. Terasa cam atlit jap.. Baru nak terasa atlit, ada sorg pakcik tua potong aku..

"Ces.. hebat pakcik nie.. dah biasa lari kot", pujuk hati aku.

Tup2, tetiba budak pompuan plak potong aku. "Aisey men, takleh jadi nie.. ".

Aku terus berlari dan berlari dan berlari, akhirnya aku nampak garis penamat.. Fuh hampir lega... Sampai jek ke garis penamat, aku dgr announcement.


"COntestant for 11km race, you have one more roundddd"

O My God!!!  *pengsan*

Pendek kata, aku struggle utk habiskan satu lagi pusingan di Litar F1 Sepang...

Akhirnya aku berjaya tamatkan 11km larian. Ho yeah.

Datang satu lagi musibah, dah kena beratur panjang2 utk amik goodie bag.. Apa ke jadahnya kena amik goodie bag time2 camni, patutnya bagi la awal2 sebelum race. Ape punya management la. Tapi sebagai seorg yg berdisipin serta berpegang teguh pada prinsip2 rukunegara (ape dah merefek), aku beratur la dgn sopannya.

Setengah jam beratur, tetiba aku nampak ada benda melayang2 di depan aku. Rupanya organizer pi baling2 goodie bag kat contestant.. Time tu gak, queue yang dah cantik2 tadi, terus menyerbu ke depan. Serentak, huru hara berlaku! Semua bertolak2 utk mengambil goodie bag.. tak ubah seperti suasana org pg haji. (dah kenapa tetiba kaitan ngan haji plak nie?)

Suasana kecoh berlaku, maki hamun kedengaran. Tak lama lepas tu, polis datang. See? Tetiba ada polis? Teruk giler management Energizer NightRace nie..

In the end, kitorg balik cuma berbekalkan headlamp yang dapat mula2 tadi, dan goodie bag yg aku sempat cilok daripada management (well dalam case ni, siapa cepat dia dapat la... aku bukan org yg panjang tangan yer.. :P)

Sebagai conclusion, great venue, worst management ever!

p/s: kalau nak baca yg versi org lain.. boleh baca kat blog mamat cina nie.. http://www.tianchad.com/2011/04/worst-energizer-night-race-2011-ever-no.html

6 comments:

Zura Tahir said...

cm tue plak nk bg goodie..

khairul farhan said...

Aku ada sekali yang dalam golongan beratur tu tapi mcm haram x dpat. Takpa, aku tunggu dia refund

Awang Hafiz said...

khairul: cam xde harapan jek dpt refund T_T

khairul farhan said...

Eh mmg ada la bro. Haritu depa dah email kat aku. Cuba hang cek email hang. Dia akan refund dan bagi goodies bag sekali dengan cert kat alamat yang kau register. dont worry. hehe

Btw, yang scholar jpa tu untuk ke oversea. dulu senang ke?

Awang Hafiz said...

malangnya, aku ganti org lain masa nightrun ari tu.. so aku mmg xkan dapat ape2.. takpe nnt standard chatered run aku join gak, ko join x?

itu la, aku confuse.. rupa2nya ko cakap pasal scholar oversea.. aku plak cakap pasal scholar jpa dalam universiti malaysia nie.. so x sama la.. maybe sama payahnya cam dulu.. hehe.

achik ezam said...

ye ade dengor pasal neh....haha...baling je organizer tu lenkali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser